Xiang Xinyuan 16 Drowning Boy

Xiang Xinyuan 16 Drowning Boy, Pengaruh menonton rancangan televisyen tentang kaedah menyelamatkan orang lemas telah membantu seorang remaja perempuan menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang hampir mati lemas di sebuah sungai di Guiyang, China.

Xiang Xinyuan, 16, tidak berfikir panjang untuk terjun ke dalam sungai yang sejuk ketika melihatkan kanak-kanak lelaki itu ‘tercungap-cungap’ meminta tolong akibat lemas.

Bedasarkan laporan dari Daily Chilli, Xinyuan agak panik ketika kejadian namun, dia berjaya mengingat semula langkah-langkah menyelamat orang lemas ketika dia menonton sebuah rancangan yang mengajar bagaimana bertindak ketika berhadapan dengan situati seperti itu.

Malah, kerana tindakan beraninya itu, Xinyuan berjaya menyelamatkan budak lelaki yang berusia 11 tahun daripada mati.

“Saya tahu dia perlukan pertolongan, dan kerana itulah saya tolong seperti yang harus saya lakukan.

“Air sungai itu terlalu sejuk, tetapi, ia juga membantu saya untuk bertenang dan cuba mengingat semula beberapa teknik bagaimana menyelamatkan mangsa lemas dari rancangan TV yang saya tonton,” kata Xinyuan.

Ketika kejadian, Xinyuan sedang bersiar-siar bersama teman-temannya di waktu malam di sepanjang laluan sungai Nanming terkejut apabila melihat seorang kanak-kanak lelaki tercungap-cungap meminta pertolongan.

Mengetahui teman-temannya yang lain tidak pandai berenang, Xinyuan terus terjun ke dalam sungai itu ketika kejadian itu berlaku.

Xianxian, kanak-kanak lelaki yang telah diselamatkan itu didakwa telah terjatuh ke dalam sungai terbabit setelah keluar bermain di luar kerana terlalu bosan tinggal berseorangan di rumahnya.
Follow us on Twitter! Follow us on Twitter!
Get our Latest Updates!